Wednesday 18 November 2015

TOKOH DAN CIRI KEUSAHAWANAN

1.0      PENGENALAN

      1.1      Istilah dan definisi keusahawanan

     Pada pertengahan tahun 1970an bersempena dengan penggubalan dan perlaksanaan Dasar Ekonomi Baru, perkataan “usahawan” telah mlenjadi popular dikalangan rakyat Malaysia. Walaupun istilah keusahawanan ini mungkin baru didengari oleh masyarakat Malaysia, namun konsep keusahawanan itu sebenarnya telah lama diamalkan sejak berkurun lamanya lagi.
     Namun, apakah yang dimaksudkan dengan istilah keusahawanan dan mengapa istilah ini sering digunakana pada hari ini? Dari peringkat menteri yang menggubal dasar hingga ke peringkat buruh yang melaksanakan segala kerja. Istilah Keusahawanan menjadi tidak asing lagi kepada rakyat Malaysia. Tapi apakah itu usahawan?
     Usahawana ialah tenaga atau kualiti manusia yang bertanggungjawab membentuk dan mewujudkan perusahaan dengan tujuan untuk memperolehi keuntungan hasil daripada perusahaan yang dijalankan tersebut. Disamping itu, usahawan juga ialah individu yang mengamalkan amalan strategik dan mempunyai matlamat untuk Berjaya dalam bidang keusahawanan yang mereka ceburi.
     Usahawan amat berkepentingan dalam menggerakkan sumber ekonomi yang membantu negara untuk mempercepatkan proses pertumbuhan ekonomi. Di Malaysia, telah ramai usahawan yang telah mencipta nama di negara serta membangunkan ekonomi negara ke peringkat yang lebih tinggi. Hal ini kerana mereka ini mempunyai ciri-ciri usahawan yang berjaya serta mempunyai nilai-nilai peningkatan kemahiran keusahawanan. Berikut merupakan biodata serta sipnopsis liku jatuh bangun seseorang individu yang dahulunya hanyalah orang biasa namun kini telah bergelar usahawan yang berjaya.








2.0      TUGASAN A - TOKOH DAN CIRI KEUSAHAWANAN

      2.1      Labanon a.k.a Adly bin Mukhtar (jaringan/talian)

        Latar belakang
     Labanon atau nama sebenarnya Adly bin Mukhtar yang dilahirkan pada tahun 1990 kini berusia 25 tahun telah menjadi usahawan yang berjaya dalam mengusahakan Flarebiz Network Sdn.Bhd. Beliau menempuh dunia keusahawanan lebih dari 9 tahun. Namun begitu, anak kelahiran Kota Bharu, Kelantan kini mengusahakan perniagaan sendiri di ibu negara, Kuala Lumpur. (All De Print, n.d.)
     Segala bentuk laman sosial seperti Facebook, blog atau “Chat rooms” di internet sememangnya merupakan tempat persinggahan masyarakat hari ini tidak kira tua atau muda. Begitu jugalah Adly. Tetapi persinggahannya bukanlah persinggahan suka-suka kerana beliau lebih gemar meneroka dan mencari sesuatu yang berbaloi setelah menyedari melayari internet mampu membawa keuntungan sehinggalah beliau membaca kejayaan dari pengusaha lain iaitu Irfan Khairi, pakar perniagaan internet yang menjadi jutawan pada usia 25 tahun. Kemudian, beliau menjalankan perniagaan menerusi blog secara sambilan ketika berusia 16 tahun melalui Google Adsense.
     Beliau mula merasa pendapatan sebanyak RM10 000 setelah melancarkan produk digital “101 Tip Adsense Terbongkar” sejurus selesai menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). Walaupun berjaya melanjutkan pelajaran di sebuah universiti dalam bidang kejuruteraan computer, namun beliau bertekad untuk berhenti dan berikan sepenuh perhatian terhadap perniagaan internetnya. “Bagi saya ilmu itu ada dimana-mana, bukan sekadar secara formal sahaja. Apa yang penting kita benar-benar ingin belajar.” Kata beliau di blog miliknya. (Adly Mukhtar, 2013)

        Ciri-ciri
      Antara ciri-ciri keusahawanan yang dapat dilihat dalam diri Adly Mukhtar ialah beliau merupakan salah seorang usahawan yang bijak menguruskan sistem atas talian atau dipanggil “online” dalam membangunkan aplikasi yang berkaitan untuk memenuhi kehendak dan keperluan pengguna. Beliau dan juga beberapa rakan perkongsian dalam syarikat ini tidak mudah mengalah dan berkeyakinan tinggi meskipun menghadapi pelbagai masalah dan kegagalan sehingga meyulitkan lagi pengurusan perniagaan dengan pelanggan.
     Syarikat Flarebiz Network Sdn.Bhd yang ditubuhkan pada 2007 ini berjaya mencipta aplikasi Niagakit iaitu sistem kedai “online” bagi membantu pelanggan menguruskan perniagaan mereka menjadi mudah dan ringkas tanpa memerlukan seseorang yang mahir dari segi teknikal untuk menjalankan operasi perniagaan dalam talian. Semua pelanggan boleh melakukan semuanya sendiri bermula dari menyenaraikan produk sehingga memproses tempahan tanpa menghadapi masalah.
     Model perniagaan syarikat ini lebih kepada perkhidmatan dan penghasilan produk untuk membantu usahawan lain yang hendak memperbaiki perniagaan mereka melalui internet. Hal ini turut memberi potensi menjana wang hasil dari usaha menyatukan semua usahawan pemasaran internet. Penghasilan produk dan servis yang dikhususkan seperti e-book atau e-majalah yang mengandungi artikel dan juga ilustrasi kartun yang menarik dapat memberi manfaat kepada pembaca dengan teknik yang betul untuk dijadikan petunjuk ke arah sumber pendapatan tanpa penglibatan system MLM, system pyramid, skim cepat kaya dan banyak lagi program yang seumpama dengannya.
     Cara lain untuk mempromosikan produk mereka, salah satunya ialah mengadakan begkel atau seminar membina laman web mini yang memberikan panduan kepada peserta untuk membina web mini dalam masa yang singkat. Usahawan wanita juga tidak terkecuali dalam menyertai seminar tersebut. Peminat yang telah pun berjaya kebiasaanya akan berkongsi cerita di mana-mana jaringan sosial lantas dapat menarik lagi minat anak-anak muda dalam menceburi bidang ini.

        Cabaran dan pencapaian
     Perniagaan tidak akan terlepas dari apa-apa cabaran yang pastinya ada waktunya pahit dan manis. Beliau telah mengalami kerugian sebanyak RM10 000 kerana membeli mesin mencetak baju t-shirt daripada seorang kawan dan akhirnya terbengkalai begitu saja. Benar bahawa Adly Mukhtar merasa tertekan tetapi dia Cuma bersikap optimis dan bangkit atas sokongan kawan dan pakar. Beliau bukanlah seorang yang mudah berpuas hati dengan apa yang dibangunkan sekarang ini. Justeru itu, beliau semakin aktif dengan seminar-seminar mengenai penggunaan Niagakit.
     Ada beberapa lagi pencapaian peribadinya, antaranya, Adly Mukhtar sering dijemput ke IPT, IPTS, Politeknik dan pusat pengajian lain di Malaysia ini untuk berkongsi pengalaman mengenai dirinya yang cenderung ke arah keusahawan internet ini. Beliau juga pernah menjadi penceramah termuda di APEC YES 2011 apabila salah satu projeknya diketengahkan di dalam kategori ‘Creative Art’ mewakili Malaysia untuk dipersembahkan kepada wakil dari 21 buah Negara. (Adly Mukhtar, 2013)
     Ramai pelanggan menyatakan rasa puas hati dengan sistem yang telah dicipta oleh pihak Flarebiz Network tersebut. Mohd. Ghufran Mohd. Daud, merupakan pelanggan beliau yang menggunakan aplikasi berkaitan, berkata, Niagakit amat mudah digunakan dan mesra pelanggan.
     Pemilik kedai minyak wangi One Drop Perfumes, Siti Jamliah turut berpuas hati dengan Niagakit kerana perniagaannya mempunyai lonjakan yang baik walaupun baru beberapa bulan menggunakannya.
     Maka, kita dapat huraikan bahawa Adly Mukhtar merupakan usahawan muda internet yang membanggakan rakyat Malaysia dengan sikapnya yang sentiasa mencari idea baru dalam memperluaskan lagi skop e-dagang. Umur yang muda bukanlah satu alasan untuk tidak menceburi ke dunia perniagaan yang lebih besar. Sebaliknya, hal ini menjadi galakan untuk anak muda lebih maju ke hadapan sekali gus memberi sumbangan kepada ekonomi Negara.

      2.2      Datuk Dr. Maznah (berani mengambil risiko)


        Latar belakang dan sejarah
 Usahawan yang bijak akan memastikan risiko yang diambil adalah sesuai dengan kemampuan dan kebolehannya. Setiap aktiviti perlu dikaji dan dirancang dengan teliti terlebih dahulu untuk mengurangkan risiko. Sebagai seorang usahawan yang berjaya, patutlah menpunyai ciri-ciri seperti sanggup mengambil risiko. Usahawan yang saya pilih adalah Datuk Dr. Maznah, iaitu Pengerusi Eksekutif Kumpulan Securiforce. Beliau telah membawa syarikatnya bernama, Securiforce yang tidak dikenali oleh sesiapa pada masa itu dan berjaya menjadi sebuah syarikat kawalan keselamatan yang terbesar di Malaysia pada masa sekarang. Beliau telah berjaya mengetuaikan lebih daripada 400 buah syarikat. Beliau menpunyai lebih daripada 65 buah cawangan, mengetuai seramai 6,000 kakitangan, dan dikelilingi dengan ratusan senjata api dan puluhan van kalis peluru. Van kalis peluru tersebut telah diciptakan dan dihasilkan oleh Securiforce sendiri. Ramai juga yang tidak menyedari bahawa perkhidmatan Securiforce bukan sahaja terhad kepada ‘static guard’ sahaja malah juga meliputi logistik, cash-in-transit, pengurusan tunai, high – tech cargo management, perkhidmatan ‘armoured trucking’, dan pelbagai perkhidmatan yang lain. Tambahan pula, Securiforce memberikan pakej keselamatan yang lengkap dan total, mempelopori konsep ‘total security’.
     Oleh sebab beliau dan kakitangannya telah bertungkus rumus, kini Securiforce mempunyai beberapa buah anak syarikat yang sedang berkembang maju. Antaranya ialah Danau Lumayan, pemaju hartanah di Bandar Tun Razak. Membina pangsapuri atau kondominium mewah, ‘penthouse’ yang eksklusif dan lot – lot kompleks perniagaan. Datuk Dr. Maznah telah mengembangkan perniagaannya tanpa sebarang bantuan kewangan daripada bank. Peristiwa ini amat dikagumi oleh pelbagai pihak dan segala lapisan masyarakat. (yussufsaufey, n.d.)

        Ciri-ciri
     Seterusnya, beliau juga merupakan seorang yang dinamik, berfikiran positif, bersemangat waja, cekal dan berani menanggung risiko. Beliau memegang teguh prinsip ‘kita mesti sanggup bekerja lebih daripada gaji yang dibayar, maka akhirnya kita akan mendapat lebih dari apa yang kita kerjakan’. Prinsip ini telah membawa kejayaan besar terhadap perniagaannya yang membolehkan beliau berada di tahap sekarang. Beliau juga merupakan seorang ‘pendidik’, iaitu guru keusahawanan yang dikenali oleh seluruh peringkat masyarakat didalam dan di luar negara.
          Kesimpulannya, Datuk Wira Dr. Maznah Hamid atau “Iron Lady Malaysia” merupakan usahawan yang sanggup mengambil risiko kerana berdasarkan perusahaan yang diperkenalkan beliau merupakan satu perusahaan yang tidak sesuai untuk golongan wanita kerana kerja yang kasar dan memerlukan individu mempunyai tenaga kuat  tetapi Datuk Maznah menerima cabaran ini dan cuba menukarkan pandangan orang lain bahawa seorang wanita yang memiliki jati diri yang kuat dapat mampu untuk memajukan perusahaan yang majoritinya terdiri dari kaum lelaki.
          Seterusnya, beliau mengembangkan perniagaan dengan tanpa meminjam sumber kewangan daripada institusi bank dan ini menunjukkan perbuatan yang sanggup mengambil risiko kerana kalau tidak bantuan dengan institusi kewangan beliau haruslah berfikir sendiri tentang sumber kewangan itu. Akhir sekali, sifat yang dimilikinya ini amatlah sesuai dijadikan contoh dan penambah semangat kepada usahawan-usahawan muda.  

      2.3     Wan Hafizol bin Wan Omar (tajam pemerhati)


        Latar belakang
         Ciri-ciri yang harus ada dalam diri setiap diri usahawan adalah bijak mencari peluang yang ada, mempunyai pemerhatian yang tajam dalam menjalankan sesuatu peniagaan.
            Dengar saja Hot Burger, ramai yang mengetahui tentang jenama burger yang terkenal ini, tidak kira tua atau muda, kanak-kanak atau dewasa.Malahan pemiliknya tidak asing lagi di Malaysia, pelakon, pengacara muda dan pakar motivasi,Wan Hafizol bin Wan Omar atau lebih mesra dengan panggilan Fizo Omar.Beliau menjalankan perniagaan menjual burger dengan kerjasama dua orang rakan baiknya ,Rizal Musa dan Asri Hamid yang telah berpengalaman lebih 15 tahun dalam bidang perniagaan.
             Sedikit biodata tentang Fizo Omar,beliau dilahirkan pada 19 Julai 1985.Berasal dari Kota Bharu,Kelantan,mempunyai darah campuran Melayu(ayah) dan Siam Arab (ibu).Fizo berkelulusan Diploma Kejuruteraan Awam di UITM Perlis.Beliau kini aktif berlakon,mengacara program dan memberi motivasi kepada mereka yang memerlukan.
              Pada awalnya,Fizo hanya belajar membuat burger berdasarkan pemerhatiannya terhadap penjual burger di tepi jalan.Dia merasakan mereka adalah ‘pakar terbaik’ membuat burger.Dengan  bermodalkan RM200.000,Fizo dan kawan-kawannya mula membuka beberapa buah kedai di sekitar Kuala Lumpur.Dengan menggunakan tagline “Harga Kaki Lima,Rasa Bintang Lima”beliau menggunakan konsep iaitu mengkomersialkan perusahaan burger tepi jalan.Penghujung tahun 2013,Fizo dan kawan-kawannya meluaskan  pasaran penjualan dengan memasuki pasaran di Kelantan sebelum memperkenalkannya di Selangor.Kini,Hot Burger boleh didapati di beberapa negeri lain di Semenanjung Malaysia antaranya Melaka,Johor,dan Kedah.Mereka juga merancang untuk memperkenalkan Hot Burger di Sabah dan Sarawak selepas tahun 2017.


                                     
               Walaupun hanya menjalankan perniagaan di kaki lima,ternyata Hot Burger amat mementingkan profesionalisme.Setiap wakil penjual haruslah mematuhi peraturan-peraturan yang telah ditetapkan oleh syarikat.Untuk menjamin kualiti burger yang dijual kepada pembeli,Hot Burger melantik pengurus dan penyelia supaya dapat memantau persekitaran gerai dan peniaga.Hal ini secara tidak langsung dapat menstabilkan perniagaan Hot Burger yang sedang memuncak naik.
                Hot Burger terus membuka sayap perniagaannya dengan membuka perniagaan francais Hot burger yang pertama di Pasir Puteh,Kelantan berkonsepkan ‘take away’.Lebih istimewa,pelanggannya boleh menikmatinya dengan menu yang menarik seperti Super Special dan Burger Stim.Fizo juga telah memperkenalkan Hot Burger pada 1 April dengan menggerakkan 3 buah lori iaitu 2 di Kuala Lumpur dan 1 di Kelantan.
                 Sikap peribadi Fizo Omar yang mempunyai pemikiran yang tajam dalam mengolah idea membina perniagaan Hot Burger dan bijak mencari peluang di depan mata membolehkan beliau berada di puncak kejayaan.Suka duka dalam perniagaan telah ditempuhinya sebelum beliau gah berdiri di puncak sekarang.Semangat ini harus ada dalam diri anak-anak muda zaman kini supaya lebih menonjol pada masa akan datang.Memetik kata Fizo “Apa jua perniagaan yang mahu dibuat,yang penting niat kita,kejujuran dan keikhlasan dalam melakukan sesuatu perkara.Insya Allah kita akan berjaya.

   

 2.4     Tan Sri Dr. Anthony Francis Fernandes (berpandangan jauh)


        Latar Belakang
      Berdasarkan Kamus Dewan Bahasa Edisi keempat (2005), maksud berpandangan jauh ialah  kebolehan untuk  menjangka (keperluan, masalah, perkembangan) yang akan datang atau timbul. Dengan memiliki kebolehan tersebut, seseorang individu dapat membuat rancangan yang rapi untuk jangka waktu yang panjang.
Seseorang usahawan yang berjaya, salah satu ciri yang perlu ada pada mereka adalah memilik sifat berpandangan jauh. Usahawan yang saya pilih adalah Tan Sri Dr Antony Francis Fernandes. Beliau juga dikenali sebagai Tony Fernandes, berumur 51 tahun dan dilahirkan pada 30 April 1964. Beliau merupakan keluarga yang campuran Portugis Goa (India) dan Portugis Melaka. Beliau mrupakan seorang usahawan yang memiliki ciri-ciri berpandangan jauh. Seterusnya, beliau juga merupakan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) kepada Air Asia dan pengasas kepada Tune Group.
      Tan Sri Dr Antony Francis Fernandes yang menpunyai sifat berpandangan jauhnya apabila beliau membeli Air Asia. Pada masa itu, Air Asia mengalami kerugian yang teruk dan beliau telah berjaya mengubah Air Asia dari sebuah syarikat penerbangan yang kecil dan menjadikannya syarikat penerbangan tambang rendah dan telah berkembang dengan cepat dalam masa sekarang. Air Asia kini adalah antara syarikat penerbangan yang berjaya di dunia. Beliau telah membawa kemajuan dan perkembangan yang besar, iaitu dua buah kapal terbang Boeing 737, sekarang telah berjaya berkembang dalam memilikkan 62 buah kapal terbang dalam perkhidmatan dan 277 buah lagi dalam pesanan.
        Ciri berpandangan jauh pada Tony Fernandes dpat dinampak dengan jelas apabila beliau boleh menjangka situasi yang mungkin akan berlaku. Beliau telah membeli Air Asia pada Disember 2011 daripada pemilik Malaysia yang DRB-Hicom untuk sebagai harga RM1 tetapi Air Asia pada masa itu mengalami hutang sebanyak RM40 juta.   Beliau menetapkan wawasan Air Asia adalah “Untuk menjadi syarikat penerbangan kos rendah terbesar di Asia dan memberikan perkhidmatan kepada 3 bilion dengan mengenakan tambang yang rendah.
       Beliau berungkus-lumus untuk mencapai wawasan Air Asia yang telah ditetapkan, beliau telah memperkenalkan tambang rendah Air Asia kepada rakyat Malaysia dengan slogan "Now everyone can fly", yang bertujuan untuk menaikkan kapal terbang dengan membayarkan harga berpatutan supaya semua orang boleh berpeluang untuk menaikkan kapal terbang. Beliau berkemampuan untuk meramalkan bahawa tambang yang rendah dan akhir sekali akan mendatangkan keuntungan yang banyak. Hal ini demikian, Air Asia dapat membayar balik hutang yang dalam masa kurang daripada dua tahun dengan dorongan Fernandes sendiri dan bantuan rakan-rakannya.           
          Syarikat penerbangan Air Asia dapat mencapai keuntungan dalam tempoh dua tahun kerana tambangnya murah, perkhidmatan berkualiti tinggi dan mampu membawakan keselesaan kepada penumpang. Air Asia sekarang telah dipilih sebagai syarikat penerbangan kos terendah dan terbaik dalam dunia dan belum pernah terjadi sebelumnya, dalam enam tahun berturut-turut (2009-2014).. Secara kesimpulannya, Tan Sri Dr Antony Francis Fernandes ialah seorang usahawan yang berpandangan jauh. Pandangan jauh dan visi beliau telah berjaya mengubah Air Asia menjadi perintis syarikat penerbangan tambang murah di Asia dan syarikat penerbangan kos rendah terbesar dunia.

     2.5     Dato Jimmy Choo Yeang Keat (kegagalan satu pilihan)


        Latar belakang
     Kesilapan dan kegagalan merupakan salah satu faktor yang memainkan peranan yang penting dalam proses pembelajaran bagi seorang usahawan. Kebanyakan usahawan yang berjaya pastinya mempunyai sejarah kegagalan mereka yang tersendiri yang dijadikan sebagai proses pembelajaran bagi membolehkan mereka untuk mencapai kejayaan yang mereka kecapi. Menurut Mohd Hassan (2007), kegagalan perlu dijadikan sebagai pengalaman atau peluang untuk terus berjaya. Seorang usahawan itu perlu mempunyai sikap yang positif di dalam diri mereka dan mengambil iktibar terhadap kesilapan lampau supaya lebih maju di masa hadapan. Perkara ini jelas menunjukkan bahawa usahawan perlulah bijak dan tidak mudah berputus asa dengan kegagalan masa lampau untuk terus memajukan perniagaan mereka.
     Seorang usahawan yang mempunyai ciri seperti yang diperkatakan ialah Dato’ Jimmy Choo Yeang Keat atau lebih dikenali sebagai Mr. Jimmy Choo. Nama Jimmy Choo sudah sinonim dengan penghasilan kasut ekslusif dan bergaya. Beliau bukan sahaja seorang pereka kasut tetapi juga seorang tukang membuat kasut yang mahir dan pakar dalam menghasilkan hasil seninya. Jimmy Choo dilahirkan di Pulau Pinang pada tahun 1961 dan telah dibesarkan dalam sebuah keluarga yang menjalankan perniagaan kasut. Beliau telah mendapat pendedahan awal mengenai teknik pembuatan kasut daripada bapanya iaitu seorang tukang kasut sepenuh masa.
        Cabaran yang dilalui
     Selepas tamat pengajian, Jimmy Choo cuba untuk membuka kedai kasutnya dengan menyewa sebuah bangunan bekas hospital yang ditinggalkan. Beliau mengharungi empat tahun yang mendukacitakan kerana jualan kasutnya amat menyedihkan. Walaupun rekaan beliau telah mendapat liputan sebuah majalah fesyen terkenal di UK dan nama Jimmy Choo sudah dikenali, namun beliau masih kecewa kerana jualannya tetap merosot.
     Namun dengan sikap beliau yang tidak mudah berputus asa, beliau terus belajar dari kegagalan lalu dan berusaha dengan lebih keras lagi. Selepas empat tahun berlalu, nasib Jimmy Choo berubah apabila ditakdirkan mendiang Puteri Diana berkenan dengan rekaan beliau lantas membelinya. Semenjak dari hari itu, Puteri Diana terus jatuh cinta dengan rekaan Jimmy Choo. Nama Jimmy Choo terus melonjak dan jualannya sangat memuaskan. Kini jenama Jimmy Choo dikaitkan dengan gaya, kemewahan dan ketulenan, serta menjadi kegilaan artis dan selebriti di serata dunia.
     Pelbagai cabaran telah dilalui oleh Dato’ Jimmy Choo, namun berkat kesungguhan beliau dalam mengharungi pelbagai rintangan dalam mengejar cita-citanya menjadikan jenama Jimmy Choo terus gah dimata dunia sehingga sekarang. Oleh itu, setiap cabaran dan kegagalan merupakan sebuah langkah permulaan kepada kejayaan

      2.6      Datuk Steven Lim (budaya terbuka)


        Latar belakang
     Datuk Steven Lim adalah pengasas kepada Secret Recipe yang sangat bergiat aktif dalam perniagaan di negara tempatan mahupun negara luar. Beliau adalah anak kelahiran Kota Bharu, Kelantan dan merupakan anak bongsu daripada lapan beradik. Latar kehidupan yang susah sewaktu kecik dulu mengajar beliau untuk merendah diri dan mempunyai prinsip jangan tamak. Suasana kampung yang banyak kekurangan itu menjadikan Steven manusia kreatif dengan permainan-permainannya. Kita dapat lihat kanak-kanak lain membuat wau biasa tetapi tidak Steven yang menambah sedikit nilai contohnya memastikan wau hasil tangannya mengeluarkan bunyi dengung. (BillyNain, 2011)
     Kebanyakan kawan Steven berbangsa Melayu dek dilahirkan di perkampungan Melayu. Steven sangat rapat dengan jiran biar pun mempunyai perbezaan dalam warna kulit dan bahasa. Bangsa bukanlah satu tembok yang menghalang seseorang manusia bercampur dengan masyarakat lain.

        Inspirasi dan langkah awal
     Pada asalnya, beliau berkhidmat di syarikat antarabangsa dalam bidang pemasaran dan jenama khusus menyelia rangkaian pejabat di negara-negara Asia Pasifik meskipun pernah bercita-cita hendak menjadi Pereka Hiasan Dalaman. Namun, tidak disangka rezeki Steven melimpah dalam bidang perniagaan makanan. Ketika mendapat peluang untuk melawat ke negara lain, beliau tidak akan pulang dengan kosong. Beliau akan memerhati dan mengambil tahu tentang gaya hidup dan budaya negara yang dilawati serta menganalisis dan mencari jawapan untuk setiap persoalan yang berkaitan.
     Kewujudan Secret Recipe bermula apabila beliau dan tiga anak saudaranya memulakan perniagaan kek dan kopi kira-kira 17 tahun yang lepas menggunakan konsep baru. Beliau merasakan kekurangan dalam perniagaan makanan di negara kita dimana hotel-hotel mempunyai “fine dining”. Justeru itu, beliau cuba menaikkan tema tersebut agar pelanggan juga turut dapat bersantai sambil menikmati hidangan dengan suasana yang menarik dan harga makanan tidak terlalu mahal di kedai makan biasa.
     Oleh itu, premis pertama Secret Recipe mula ditubuhkan di SS2 Petaling Jaya pada tahun 1997. (Suhaimi Taib, 2011) Permulaan langkah untuk menaiki anak tangga yang pertama ternyata tidak mudah didaki kerana tiada siapa tahu tentang jenama itu. Hasil dari melakukan pemasaran sendiri dengan menawarkan kopi percuma telah memberi kesan perkembangan yang positif, daripada menikmati kopi percuma sahaja, pelanggan pasti akan tergerak hati untuk mencuba kek-kek yang dijual di situ.
     Steven menyertai pertandingan kek keju tahunan atas cadangan salah seorang pelanggannya yang merupakan wartawan dari majalah KL Vision. Namun Steven tidak sempat membuat persiapan akibat terlupa tarikh pertandingan yagn dimaklumkan. Beliau tidak menaruh harapan tinggi untuk menang. Walaupun begitu, kek keju Secret Recipe berjaya memenangi Grand Champion tanpa disangka, walhal beliau hanya menghantar kek keju yang biasa. Semenjak itu, ramai pengguna berasa yakin dan percaya terhadap jenama tersebut.

        Sikap dan pencapaian
     Nama ‘Secret Recipe’ diperoleh semasa di Hong Kong iaitu ketika dia bangkit daripada tidur, menjadi kebiasaannya membelek kertas kecil di meja sisi. Kemudian, beliau terlihat perkataan Secret Recipe tertera disitu. Steven mencari jalan untuk merealisasikan ideanya untuk memprancaiskan jenama tersebut ekoran perkembangannya begitu memberangsangkan.  Steven perlahan-lahan menyerahkan kepercayaan kepada sesiapa yang memenuhi kriteria untuk menyertai francais Secret Recipe.
     Beliau sedar tentang masyarakat antarabangsa mudah mengenali makanan Thailand, Jepun, Vietnam, China dan yang lain tetapi makanan Malaysia sukar menembusi imej antarabangsa. Malahan, hasrat beliau untuk membuka outlet di Orchard Road, Singapura juga kecindang lantaran jenama Malaysia dipandang rendah. Oleh yang demikian, muncul keinginan beliau untuk meneroka pasaran luar biar pun telah mejangkakan cabaran yang bakal dihadapinya bukan sedikit. Semangat yang utuh dan tidak mudah patah itu membawa pula beliau ke arah kawasan republic yang lain dan sambutan yang diterima menunjukkan respon yang menggalakkan.
     Kemudian Steven ditawarkan ruang perniagaan di Orchard Road semula setelah berjaya menaikkan nama di situ. Beliau didatangi pihak pelaburan Singapura sebanyak dua kali dengan membawa cadangan supaya ibu pejabat Secret Recipe dipindahkan ke negara itu. Pelbagai tawaran menarik mengiringi jemputan tersebut langsung tidak mudah membuatkan anak Kelantan ini terpesona walaupun tawaran seperti itu tidak diperoleh di negara sendiri.
     Kini Steven telah berjaya mengangkat jenama Malaysia serta meluaskan pasarannya menjangkau ke China, Australia, Filipina, Thailand, Brunei, Indonesia dab beberapa negara lagi. Apa yang lebih menarik lagi, sijil Halal menjadi kesungguhannya dalam memastikan jenama Malaysia ini membawa sijil tersebut di mana sahaja ia dibuka lantaran percaya industri makanan halal amat luas untuk diterokai. Umat Islam juga akan menikmati tanpa was-was terhadap kebersihan produk Secret Recipe selain daripada kualiti hidangan yang disajikan.
          Berpandukan hasil kajian tentang pembudayaan, gaya hidup dan makanan utama di sesebuah negara yang dilawatinya, produk Secret Recipe mendapat penerimaan baik oleh masyarakat di situ selepas memasuki pasaran di negara tersebut. Sebagai contoh mudah, Secret Recipe memperbanyakkan menu berasaskan mee seperti mee Hokkien dan Mee Kantonis.
     Secara terperincinya, Steven Lim adalah seorang tokoh usahawan yang mengamalkan budaya terbuka untuk memberikan kepuasan dan keselesaan kepada semua masyarakat yang pelbagai mengikut kebudayaan negara masing-masing. Beliau bijak mencari peluang untuk melengkapi kekurangan sesuatu dalam perniagaan makanan dan berupaya mengadakan konsep baru yang bersesuaian secara global di seluruh dunia. Kek menjadi produk pilihan utamanya kerana walaupun berasal dari negara Barat, tetapi telah menjadi makanan yang universal. Bukan itu sahaja, produk yang mudah ini juga tergolong dalam kategori produk yang menyeronokkan serta diminati semua lapisan umur.

     2.7     Sani Ekspress (berorientasikan matlamat)


        Biodata

Nama Datuk Wan Mohammad Sani Salleh
Usia    39 Tahun
Tarikh Lahir   24 Julai 1976
Asal    Kuala Ibai, Kuala Terengganu, Terengganu
Adik Beradik  Keempat daripada enam beradik
Jawatan        Pengarah Urusan Sani United Sdn Bhd (Sani Express Sdn Bhd, Sani Properties Sdn Bhd dan Sani Hotel Sdn Bhd)
Pendidikan    Diploma Pengurusan Perniagaan Kolej Sunway (1994)
Pencapaian   •         Anugerah Darjah Indera Mahkota Pahang (DIMP) yang membawa gelaran Datuk oleh Sultan Pahang, Sultan Ahmad Shah (Jun 2009)
•         Anugerah Usahawan Cemerlang Dewan Perniagaan Melayu Melaysia (DPMM) Kuala Lumpur (April 2009)
•         Tokoh Usahawan Muda, Anugerah Persatuan Pedagang dan Pengusaha Melayu Malaysia (Perdasama). (yussufsaufey, n.d.)

        Latar belakang

     Datuk Wan Mohammad Sani Salleh atau lebih dikenali sebagai Datuk Sani adalah nama yang tidak asing lagi dalam persada industri pengangkutan di negara ini. Seringkali kita pasti akan terlihat banyak transportasi yang berlabelkan Sani Ekspres iaitu sebuah bas pengangkutan yang berwarna merah megah menyusur di setiap pelusuk jalanraya di semenanjung Malaysia. Datuk Wan Mohammad Sani Salleh adalah pemilik kepada rangkaian operasi bas Sani Ekspres yang semakin dikenali pada hari ini dibawah kendalian syarikat Sani United Sdn. Bhd. (SUSB).
     Beliau merupakan anak keempat daripada enam adik beradik. Beliau telah dilahirkan dan dibesarkan di Kuala Ibai, Kuala Terengganu, Terengganu. Beliau merupakan lulusan diploma di salah sebuah universiti swasta terkemuka di Malaysia iaitu di Kolej Sunway dengan memegang segulung diploma pengurusan perniagaan.
     Sebelum beliau menceburkan diri dalam bidang keusahawanan, beliau merupakan seorang yang bergiat aktif dalam industri hiburan. pada ketika itu, berbagai pekerjaan yang telah dilakukan beliau antaranya beliau pernah menjadi model, pelakon dan penyanyi. Baginya, menceburkan diri dalam bidang hiburan juga boleh berjaya namun pada pendapat peribadinya sendiri, bidang hiburan adalah bidang yang amat sukar untuk mencapai kecemerlangan.
     Setelah beberapa tahun menceburkan diri dalam bidang hiburan, barulah beliau sedar bahawa bidang hiburan bukanlah jalan yang terbaik untuknya berjaya dalam hidup. Datuk Wan Mohammad Sani telah mengangkat rakan baiknya sendiri iaitu Datuk Sharifuddin sebagai inspirasi baginya kerana Datuk Sharifudin telah berjaya di dalam bidang perniagaan yang diceburinya walhal disuatu ketika dahulu, mereka bersama-sama menjadi model namun rakan baiknya itu telah meninggalkan bidang tersebut untuk menceburkan diri dalam bidang perniagaan. 

     Pada suatu hari, beliau telah bertekad dan meletakkan matlamat untuk menjadi seorang ahli perniagaan yang berjaya. Beliau telah memulakan langkah pertama beliau dengan membuka bengkel membaiki kenderaan di Kuala Lumpur dan Terengganu dan secara perlahan-lahan beliau telah berjinak-jinak untuk menceburkan diri dalam industri pengangkutan iaitu bas yang selama ini menjadi impiannya.
     Ciri-ciri seorang usahawan yang berjaya sememangnya ada dalam diri Datuk Wan Mohammad Sani Salleh. Tidak hairanlah bahawa beliau mampu untuk mencapai matlamat yang diimpikannya dengan usaha yang telah dicurahkannya. Antara ciri usahawan berjaya yang ada pada diri beliau ialah beliau seorang yang berorientasikan matlamat dan wawasan.

        Berorientasikan Matlamat dan Wawasan

     Usahawan ini berpegang pada prinsip “Di mana ada kemahuan, disitu ada jalan”. Inilah tekad dan prinsip yang dipegang seorang contoh usahawan yang telah berjaya membangunkan perniagaannya dari secara kecilan sehinggalah telah menjadi satu empayar perniagaan yang berjaya baginya.
      Pada usia 35 tahun, Datuk Wan Mohammad Sani sudah mendapat pelbagai pengiktirafan serta anugerah diatas kejayaannya menerajui perniagaan dalam bidang pengangkutan di negara ini. Antara pengiktirafan yang diterima beliau ialah Tokoh Usahawan Muda, iaitu anugerah yang dinobatkan oleh Persatuan Pedagang dan Pengusaha Melayu Malaysia (Perdasama). Beliau juga turut mendapat Anugerah Usahawan Cemerlang Dewan Perniagaan Melayu Malaysia (DPMM) Kuala Lumpur pada April 2009. Malah, beliau dianggap ikon generasi muda dalam dunia perniagaan masa kini.
     Tambahan pula, sewaktu beliau berusia 33 tahun, usahawan berjaya ini bagaikan telah memiliki segala-galanya. Perniagaan yang diusahakannya telah memberi pulangan jutaan ringgit. Dengan keuntungan tersebut, beliau telah pun memiliki bangunan perniagaannya sendiri yang berfungsi sebagai pusat operasi perniagaan dengan kos pembelian serta pengubahsuaian mencecah hamper 7 juta Ringgit. Beliau juga memiliki sebuah kereta Ferrari F360 Modena bernilai RM1 juta dan mendiami bangle mewah bernilai RM9 juta.

     Di dalam temubual bersama Datuk Wan Mohammad Sani berkata, beliau sendiri tidak pernah terlintas untuk berada di tahap yang beliau kecapi sekarang ini meskipun inilah impian yang beliau cita-citakan untuk menjadi ahli perniagaan sejak remaja lagi. Seorang individu yang meceburkan diri dalam bidang perniagaan semestinya mempunyai matlamat dan berwawasan jauh. Hal ini dapat dilihat dengan penelitian dan perancangan rapi Datuk Wan Mohammad Sani dalam merangka impian dan cita-citanya sehingga menjadi realiti. Tanpa wawasan dan matlamat yang dipegang olehnya, sudah pasti beliau tidak akan dapat memiliki semua empayar perniagaan yang dimilikinya sekarang ini hasil daripada usaha serta rezeki yang diberikan oleh Allah swt kepadanya.
     Ciri usahawan berjaya seterusnya yang ada pada diri beliau ialah usahawan yang mempunyai:

        Sifat kerajinan, komitmen, keazaman dan ketabahan yang tinggi

     Beliau berkata, “Ketika zaman sekolah, saya bersekolah di Kuala Terengganu dan keluarga pula di Kampung Baru, Kuala Lumpur. Apabila berpeluang pulang ke Kuala Lumpur saya memilih bas sebagai pengangkutan. Boleh dikatakan rutin saya ketika bercuti hanya menaiki bas dan tidur di atas bas. Jika ada cuti sehari sekalipun, malam saya naik bas ke Kuala Lumpur dan pada malam keesokan harinya saya pulang ke Kuala Terengganu,” katanya ketika ditemu bual oleh wartawan.
     Beliau menceritakan betapa sukarnya ketika waktu permulaan menguruskan perniagaan dalam bidang pengangkutan. Pelbagai cabaran dan masalah yang beliau harus tempuh dan selesaikan sehingga beliau menghabiskan seharian waktu hidupnya di pejabat. Di sini kita dapat lihat bahawa Datuk Wan Mohammad Sani merupakan seorang yang mempunyai sifat kerajinan, komitmen, keazaman dan ketabahan yang tinggi dalam menguruskan perniagaannya.
     Sewaktu mengimbau semula sejarah perniagaanya, beliau berkata, hasrat untuk memiliki perniagaan bas timbul selepas sering berulang-alik dari Kuala Lumpur ke Terengganu 20 tahun lalu. Beliau menambah, ''Saya sebenarnya memulakan perniagaan melalui naluri sendiri, tidak ada orang suruh, tidak mendapat pandangan orang lain. Penglibatan dalam bidang ini adalah atas desakan diri sendiri ”. Menurut daripada isi ayat yang dilontarkan oleh beliau, jelas sekali bahawa beliau sendiri yang mempunyai iktizam serta keazaman untuk memulakan perniagaan serta berusaha memajukan perniagaan yang diterajui beliau ini sehingga berjaya.
Pada peringkat permulaan sesebuah perniagaan, usahawan amat memerlukan kerajinan, komitmen, keazaman serta ketabahan bagi menghadapi segala cabaran, rintangan, masalah dan kegagalan dalam memperkembangkan perniagaan. Hal ini jelas dapat dilihat pada cara Datuk Wan Mohammad Sani dalam menguruskan dan memperkembangkan perniagaannya. Segala rintangan dan masalah yang dihadapi pada peringkat permulaan perniagaannya, sudah pasti telah banyak mengajar beliau erti tidak berputus asa serta berpegang teguh pada keazaman yang dipegangnya selama ini untuk memajukan perniagaan yang dimulakan beliau pada suatu ketika dahulu. 

     2.8     Tan Sri Vincent Tan Chee Yioun (berorientasikan kumpulan)


        Latar Belakang
Tan Sri Vincent Tan Chee Yioun dilahirkan pada tahun 1952, lebih dikenali sebagai Vincent Tan, merupakan seorang ahli perniagaan Malaysia. Beliau adalah pemilik Thera Sdn Bhd dan Pengerusi Berjaya Group. Majalah Forbes menyenaraikan beliau dalam kelab bilionair Malaysia ke-9 dengan aset RM4.2 bilion.
Pada 23 Februari 2012, beliau mengumumkan belliau bersara daripada peranan korporatnya yang aktif dalam B-Corp, syarikat utama Berjaya Group of Companies. Jawatan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) kepada anak sulungnya, Datuk Robin Tan Yeong Ching.
     Beliau menguasai Berjaya Kawat Berhad dari syarikat asalnya Broken Hill Proprietary Ltd, Australia dan National Iron & Steel Mills, Singapura. 17,000 pekerja bekerja dengan syarikat gergasi ini.
     Syarikat miliknya, Berjaya Group menjalankan perniagaan sejak 1984 seperti surat khabar The Sun. Menjalankan perniagaan judi berlesen sah melalui Berjaya Sport Toto Berhad, Pan Malaysian Pool Sdn Bhd dan Magnum Corporation Berhad.
     Syarikat penerbangan Berjaya Air dan Berjaya Hotel merupakan syarikat yang terbabit industri perhotelan, resort dan kapal terbang kecil. Antaranya ialah Berjaya Hotel di pulau Tioman. Pelancong dibawa ke pulau Tioman dari Lapangan Terbang Subang dengan syarikat Berjaya Air. Berjaya Air berasal dari Pacific Air Charter yang ditubuhkan pada 1989. Kini Berjaya air membawa penumpang ke pulau Pangkor, Redang, Tioman, Lapangan Terbang Seletar, Singapura dan Lapangan Terbang Samui di Koh Samui, Thailand.
     Berjaya Hill Resort atau Bukit Tinggi Resort merupakan resort percutian di Bukit Tinggi, Pahang, bersebelahan dengan Genting Highland. Keluasan 16,000 ekar terletak pada aras 2700 kaki dari aras laut di sebelah kiri Lebuh raya Karak. Latar belakang resort ini ialah Banjaran Titiwangsa dengan tema perkampungan dan senibina Perancis.
     Menara Berjaya Times Square terletak di segi tiga emas Pudu - Bukit Bintang, Jalan Imbi dan Jalan Tun Dr Ismail, Kuala Lumpur. Di sini terletaknya pawagam IMAX 3D, Cosmos World, Border dan pasar raya Metrojaya. Sistem Monorail Kuala Lumpur menghubungi menara ini di Stesen Imbi.
     Syarikat DiGi Telecommunication merupakan pengendali telefon bimbit ke-3 penting di Malaysia kerana menguasai 21 % pasaran telefon selular.
     MiTV merupakan syarikat televisyen berbayar yang cuba memecahkan monopoli Astro di Malaysia dan Asia Tenggara. MiTV mendapat status Koridor Raya Multimedia kerana menggunakan teknologi terkini. Bagaimanapun syarikat ini tidak berjaya. MiTV menggunakan tranmisi yang disediakan oleh Runcom Technologies Ltd - sebuah syarikat Israel. MiTV Networks Sdn Bhd beroperasi di Subang Hi-Tech, Shah Alam, Selangor. Pengerusi MiTV ialah Datuk Rosman Ridzwan.
     Informatics Education Ltd memberi ruang dan peluang kepada pelajar untuk belajar di peringkat sijil dan diploma dalam jurusan komputer, bahasa, perakauan dan lain-lain. Ditubuhkan sejak 1983 mempunya 113 cawangan di 22 negara. Pengerusinya ialah Tan Sri Datuk Seri Panglima Dr. Abu Hassan Othman.
Kilang Inokom Corp Bhd memasang kenderaan Hyundai dari Korea Selatan. Antara model yang dikeluarkan ialah Inokom Lorimas, Inokom Atos, Inokom Getz, Inokom Matrix and Inokom Santa Fe.

        Pencapaian
Vincent Tan dianugerahkan 'Usahawan Brandlaureate Terbaik' edisi 2009-2010. Anugerah disampaikan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Idris Jala.Anugerah The Brandlaureate merupakan anugerah jenama berprestij bagi syarikat diMALAYSIA  dan Asia Pasifik yang mengiktiraf kecemerlangan jenama syarikat antarabangsa, syarikat berkaitan kerajaan dan syarikat penyenaraian awam.


       2.9     Datuk Loh Boon Siew (proaktif)


        Latar Belakang
        Usahawan yang berjaya mestilah mempunyai sikap proaktif dalam kehidupannya.Proaktif di sini memberi makna bersikap positif dengan merangka atau melakukan sesuatu tindakan yang jauh lebih awal untuk kesenangan pada masa hadapan.Ianya secara langsung dapat memajukan sesebuah perniagaan yang diusahakan.
         Antara usahawan yang boleh dikaitkan dengan sikap ini atau lebih tepat lagi mempunyai sikap yang proaktif ialah mendiang Datuk Loh Boon Siew.Sedikit latar belakang tentang beliau, Datuk Loh Boon Siew dilahirkan di Kampung Hui, daerah Funan,iaitu sebuah wilayah yang dianggap paling miskin di China pada zaman dahulu.Sejak kecil,Datuk Loh Boon Siew membuat pekerjaan dengan mengutip najis haiwan untuk tujuan pertanian supaya dapat menambah pendapatan keluarganya
        Datuk Loh Boon Siew berhijrah ke Pulau Pinang bersama ayahnya dan bekerja di kedai mekanik.Pada sebelah malam pula,beliau mengambil upah membasuh bas yang setiap satunya sebanyak 10 sen sebuah bas.Semasa berumur 18 tahun,beliau sering mencari peluang untuk bekerja sendiri bagi menambahkan pendapatan beliau.
         Dengan berbekalkan wang hasil simpanan, beliau telah membeli sebahagian peralatan mekanik yang berharga 10.00. 8 buah bas telah dibaiki dan di ubah suai menjadi bas penumpang dan ternyata cara beliau memberi hasil yang lumayan.Dalam masa 7 tahun, Datuk Loh mempunyai 40 buah bas serta meluaskan perniagaan dengan membuka kedai bateri dan kedai ganti kereta.Datuk Loh semakin melebarkan sayap perniagaan beliau selepas perang dunia kedua tamat dengan membuka kedai kereta terpakai dan menjadi pengedar motosikal keluaran British.

           Semasa tahun 1958, Datuk Loh bercuti ke negara Jepun.Di sana beliau ternampak motosikal jenama Honda yang belum pernah dilihatnya di Malaysia, lalu      beliau terfikir untuk membawa masuk motosikal Honda untuk dijual .Pada mulanya Datuk Loh ditertawakan oleh masyarakat kerana menganggap motosikal tersebut mudah rosak.Tanpa menghiraukan pandangan negatif orang ramai, Datuk Loh terus mempromosikan motosikalnya.Sehingga tahun 1963,motosikal Honda menjadi motosikal yang paling diminati.
           Datuk Loh Boon Siew telah berjaya menempatkan kereta Honda di antara kereta ketiga terbesar di jual di Malaysia sejak 3 tahun yang lalu.Ia juga berjaya meletakkan Datuk Loh sebagai yang terkaya di Pulau Pinang dan menjadi antara 10 usahawan berjaya di Malaysia.Walaupun Datuk Loh telah meninggal dunia pada tahun 1995, nama beliau masih lagi setanding dengan ahli korporat yang lain diibaratkan peribahasa ‘harimau mati meninggalkan belang,manusia mati meninggalkan nama’.
            Disini dapat dilihat bahawa Datuk Loh Boon Siew sebagai individu yang berkomitmen dalam bidang permotoran.Atas dasar minat dan komitmen tinggi beliau untuk terus berjaya, Datuk Loh telah membina kilang motosikal yang pertama di Malaysia yang terletak di Mak Mandin, Pulau Pinang.
             Untuk mencontohi kejayaan yang dilakar Datuk Loh Boon Siew, kita mestilah punyai sikap proaktif dalam mencapai kejayaan dalam perniagaan yang diceburi.Ia dapat membantu kita meningkatkan lagi tahap kemajuan dalam perniagaan.       

  3.0     TUGASAN B – TOKOH DAN PELBAGAI CIRI

     Proaktif rangkaian mengamil risiko kegagalan adala satu pilihan hasil orientasi
Tokoh yang saya pilih ialah Ali Hassan Mohd Hassan. Beliau merupakan tuanpuan rangkaian Syarikat aL-ikhsaN iaitu sebuah syarikat yang menyediakan pelbagai kelengkapan sukan yang bertaraf antarabangsa yang mana produknya diperkenalkan adalah eksklusif dan berkait rapat dengan arena sukan seperti Piala Eropah, Formula 1, Sukan Olimpik Beijing serta Piala Dunia 2010. Selain itu, beliau merupakan Pengarah Urusan Al-Ikhsan dan memiliki 59 cawangan syarikat di dalam Semenanjng Malaysia. Terdapat pelbagai ciri-ciri yang patut kita memupuk dalam diri sendiri dan mengamalkan selama-lamanya,

•         Proaktif
     Beliau merupakan seorang tokoh yang proaktif kerana beliau tidak malu untuk tanya kepada pelanggan tentang apakah produk yang dapat memuaskan kehendakan mereka dan sebarang tidak puas hati tentang produknya. Beliau berkata, kalua ada pandangan atau aduan daripada pelanggan, barulah kita boleh ubahsuai dan menjadikan produk itu lebih cemerlang serta dapat memajukan perniagaan ke tahap yang lebih tinggi. Beliau proaktif dalam mendengar dan merujukkan pandangan yang diberikan oleh pelanggan supaya dapat memuaskan kehendakan pelanggan. Selain itu, al-ikhsaN merupakan perniagaan yang dikirakan dengan siaz kecil pada masa itu. Walaupun perniagaan adalah saiz kecil tetapi beliau juga proaktif dalam menjual baju sukan secara pantas. “Dapat sahaja barang hari ini, jual secepat mungkin. Ini dapat memdatangkan kebaikan kepada perniagaannya iaitu dapat stok yang pelbagai dan tidak menpunyai stok lama kepada pelanggan.

•         Sanggup mengambil risiko
     Beliau merupakan tokoh yang mempunyai ciri sanggup mengambil risiko. Sebagai contonhnya, Ali Hassan Mohd Hassan hanya menjual barangannya secara kecil-kecilan kepada sshabat dan pensyarah beliau ketika beliau masih menuntut di Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Skudai, Johor pada masa dahulu. Beliau juga tidak mengenal pasti bahawa perniagaan ini akan mendapat sambutan baik atau tidak daipada sahabatnya. Walaubagaimanapun, beliau juga berusaha untuk menjalankan perniagaan kerana mendapatkan untung untuk membiayai kos pembelajaran dan kos sara hidup. Oleh kerana beliau sanggup mengambil risiko ini dan tidak berputus asa, perniagaan pertama beliau bermula pada tahun 1993 di ruang sempit di Holiday Plaza, Johor Bahru. Perniagaan pertama itu adalah diusahakan dengan titik peluhnya sendiri. Beliau mula mengusahakan perniagaan dengan sepenuh hati dan semakin lama-lamanya mendapati permintaan barangan sukan yang amat menggalakkan dan disukai oleh masyarakat.

•         Hasil berorientasi
     Oleh kerana Ali Hassan Mohd Hassan beliau tidak berputus asa, proatkif, sanggup mengambil risiko dan seterusnya, perniagaannya telah berkembang maju daripada satu perniagaan yang saiz kecil sampailah sebanyak lebih dari 75 buah butik aL-ikhsaN di seluruh negara. Tambahan pula, pilihan kasut, baju sukan, bag dan setersusnya juga pelbagai jenis serta dengan harga yang berpatutan. Tambahan pula, pada penghujung 2010, aL-ikhsaN juga merancang membuka kedai sukan untuk masyarakat wanita dikenali Al-Ikhsan Sports Girl. Menurut kata beliau, pembukaan perniagaan ini adalah untuk memenuhi tuntutan para pelanggan wanita yang menyatakan bahawa pakaian serta kelengkapan sukan berkualiti tinggi jenama terkemuka sukar diperoleh dalam pasaran tempatan Seterusnya, beliau juga menetapkan matlamat tentang untuk membuka 60 cawangan menjelang tahun 2008 dan menambah jumlah itu kepada 200 buah cawangan menjelang tahun 2015. Menurut beliau, syarikatnya telah menetapkan sasaran tentang membuka sekurang-kurangnya dua cawangan setiap bulan, terutamanya buka cawangan di kompleks membeli-belah atau di lot kedai. Kompleks membeli-belah merupakan tempat yang masyarakat selalu mengunjungi kalua membuka cawangan di sana, pastilah akan menarik perhatian pengunjung untuk masuk ke kedai Al-ikhsan. (ARKIB, 2007)

•         Kegagalan adalah satu pilihan
     Setiap perniagaan mesti menpunyai banyak rintangan dan halangan semasa kita mencapai keuntungan. Dalam perniagaan Al-ikhsan, juga mengalami kegagakan tetapi Ali Hassan tidak berputus asa dan berjuang secara bersungguh-sungguhnya. Pada tahun 2013, premis Al-Ikhsan cawangan Sungai Buloh berlaku kes rompakan
kerugian kira-kira RM1,000. Perompak telah mengambil wang tunai berjumlah kira-kira RM600, dua telefon bimbit yang memilik kakitangan tersebut dan enam helai jersi. Selain itu, beliau pernah gagal untuk mendapatkan pinjaman kerana saiz perniagaan masa dulunya adalah kecin dan tidak mendatangkan untung yang banyak. Walaubagaimanapun, beliau juga tidak berputus asa, beliau juga berusaha menguruskan syarikatnya dengan sepenuh hati dan bersungguh-sungguh.

•         Kumpulan orientasi
     Sebagai tonggak kepimpinan atau ketua dalam sebuah organisasi, beliau mempunyai tanggungjawab besar untuk menentukan keselesaan dan suasana kerja yang memberangsangkan untuk kakitangannya. Ali Hassan merupakanseorang tokoh yang mementingkan bekerja secara kumpulan dan juga sentiasa mengambil berat tentang kakitangannya. Menurut kata beliau, beliau bersikap terbuka dan tidak mengamalkan jurang besar antara ketua dengan pekerja. Beliau menganggap mereka sebagai kawan dan memastikan kakitangannya berada dalam keadaan gembira dan tenang bekerja di Al-Ikhsan. Beliau tidak suka memberi tekanan dalam kalangan kakitangan sehinggalah mereka menimbulkan perassan tidak puas hati dan ini dapat menpengaruhi proses pekerjaan.

4.0     RUMUSAN


Kesimpulannya, seseorang usahawan perlu mempunyai ciri-ciri keusahawanan seperti sanggup mengambil risiko, berpandangan jauh, budaya terbuka, dan ciri-ciri yang lain lagi seperti yang dinyatakan sebelum ini. Ciri-ciri ini perlulah diamalkan dan dipupuk secara kecil lagi. Di samping itu, kita dapat membuktikan bahawa kebanyakan faktor-faktor yang boleh menjadikan seseorang usahawan berjaya dengan cemerlang terletak pada usahawan itu sendiri. Ini bermakna, usahawan ingin berjaya atau idak adalah bergantunglah diri sendiri. Misalnya, jika usahawan itu harus menapai maklamat itu dia akan berusaha dengan bertungkus-lumus. Kalau dia ingin tidak akan berjaya, dia akan biarlah itu dan tidak berusaha lagi. Oleh itu, usahawan tidak seharusnya menyalahkan pihak-pihak lain apabila menhadapi kegagalan. Usahawan hendaklah sentiasa melihat kepada diri sendiri dan bersedia memperbaiki sebarang kelemahan supaya menjadikan lebih baik. Akhirnya, walaubagaimanapun, kaedah mengejar kecemerlangan dalam keusahawanan adalah sama seperti mengejar kecemerlangan dalam apa-apa bidang sahaja. Tiada jalan ringkas dan pengganti bagi usaha yang gigih dan tekun.